Salam Bismilillah
Mama Farhan & Emily
Ok harini kita citer pasal cost la kan.. walaupun banyak blog dah citer pasal cost, tp setiap orang mesti tak sama kan.. jom kita skodeng sikit. kot2 ada yang nak pergi dalam masa terdekatkan..
Mama Farhan & Emily
Ok harini kita citer pasal cost la kan.. walaupun banyak blog dah citer pasal cost, tp setiap orang mesti tak sama kan.. jom kita skodeng sikit. kot2 ada yang nak pergi dalam masa terdekatkan..
Flight – Everyone Can Fly
AA promo fare kami
dapat RM99.00 pergi dan RM99.00 balik setiap orang.. murahkan?.. tp cost tu
tidak termasuk harga airport tax, fuel charge, bag, seat, makan dan sebagainya..
untuk pergi aku beli excess baggage 25 kg sebab nak bawak macam2 food kan.. tp
untuk balik aku beli 40 kg jer.. ok la just nak beli souvenior kan. Bukan nak
beli kayu balak pun. kikikiki
Air Asia – RM 99.00 (pergi / balik) =
RM198.00 seorang
RM 198.00 x 4 orang = RM792.00
Total cost termasuk airport tax, fuel charge, bag, seat, makan = RM1700++
** aku mmg beli seat pergi dan balik. sebab ni flight international kan. takut aku kalau tak beli seat tetiba aku terpisah dengan anak2.. kalau takat naik flight 45 minit tak pe la... ni 4 jam.. sian kalau duduk terpisah .. so aku beli seat gak. ala tak mahal RM6 je sorang..
Total cost termasuk airport tax, fuel charge, bag, seat, makan = RM1700++
** aku mmg beli seat pergi dan balik. sebab ni flight international kan. takut aku kalau tak beli seat tetiba aku terpisah dengan anak2.. kalau takat naik flight 45 minit tak pe la... ni 4 jam.. sian kalau duduk terpisah .. so aku beli seat gak. ala tak mahal RM6 je sorang..
Teksi
dari Airport HK ke Disneyland (Return)
HKD150 x 2 (RM60 x 2) = RM120.00 (lebih
kurang)
Hotel Disney Hollywood
RM 670 per night = RM1340
RM 670 per night = RM1340
Mmg mahal sikit, tp untuk keselesaan anak2, kami pejam mata
la. Lgpun kami mmg plan nak abiskan
cuti2 di Disneyland ajer.. so ok la kan? Kalau ada hajat nak jalan2 di bandar
HK, mmg elok amik hotel di sekitar Bandar HK .. jimat masa perjalanan dan juga
jimat duit hotel.
Hotel Silvermine Beach Resort
RM280 per night
Hotel Silvermine Beach Resort
RM280 per night
2 Day Park Ticket
HKD499 X 2 Adults = HKD 998 = RM 399.00
HKD355 x 2 Kids = RM 284.00
Total : RM 683.00
Parking LCCT
4 Hari 3 Malam = RM 149.50
Makan
HKD800 x 3 kali makan = RM 320.00 lebih kurang
(lain2 makan kami bawak bekal dan dah book awal2 pre meal dalam flight)
Simkad
HKD 88 = RM 35.20
Kalau nak ikutkan
budget kami suami isteri dalam RM5,000.00 termasuk flight ticket, hotel, makan, teksi dan lain2. Tp
tak termasuk shopping.. ikut korang la nak shopping banyak ke sikit. Yelah nak datang
sini bukan selalu kan … so kene la kumpul duit.. oleh sebab percutian aku ada
7-8 bulan lagi sebelum nak pergi (masa booked tiket flight tu bulan 11 tahun lepas), so setiap bulan mmg aku berusaha keras kumpul duit, NO Tudung Fareeda baru, NO Crocs, NO benda merepek2 .. amount
RM5K tu aku share dengan hubby (half-half la of course) .... pastu untuk
duit shopping aku korek amik dividen ASB dan ada juga aku guna credit card .. yelah, aku makan gaji je, bukannya
bisnesswomen MLM tu .. kami kumpul duit
dengan titik peluh kami sendiri, jangan sesedap rasa nak mengata kami ni banyak duit ke hapa ke ..
Tp semua tu anggaran kasar tau. sebab aku dengar semua akan naik harga.. kalau anak sorang je, lg jimat.. nak-nak anak belom cukup umur 3 tahun, bertambah2 la jimat, tp kalau anak lebih dari 2 orang sila la tambah sikit amountnya.. dan juga mungkin tahun yang aku pergi ni harga tiketnya lain, kot2 korang pergi harga dah naik ke kan.. dan lagi harga tiket flight sangat2 memainkan peranan yang penting... so pandai2 la booked time murah ..
********************************************************************************
Ni plak Itinerary aku kat sana, nak ikut boleh tak ikut pun tak pe .. boleh la ubah sendiri
Harap2 membantu ..
********************************************************************************
Ni plak Itinerary aku kat sana, nak ikut boleh tak ikut pun tak pe .. boleh la ubah sendiri
Day 1
12.00 pm - keluar rumah
2.00 pm - Tiba LCCT – check in (Solat Jamak Takdim Zuhur /Asar)
2.00 pm - Tiba LCCT – check in (Solat Jamak Takdim Zuhur /Asar)
4.40 pm - Berlepas ke Hong Kong
8.35 pm - Hong Kong International Airport (Dinner- pre meal terus
dalam flight siap2)
Keluar dari Immigration, nampak Mc Donald, pergi sebelah kanan dan naik eksalator dan cari Lane F nampak Departure Check In Hall .. cari kedai 1010 Shop berada di hujung Lane F. beli simkad .. cakap je nak yg untuk internet.. derang paham. Harga hanya HKD88,
lbh krg Rm35.20. unlimited net utk
7hari, HKD10 utk local call)
10.00 pm -Teksi (kaler biru Lantau Island)
dan check in Hotel Silvermine Beach Resort (Solat Jamak Takhir
Isyak/Magrib) (supper – roti + nuttela)
** Simpan nasi impit dalam peti ais
Day 2
5.00 am - Solat Subuh ** Keluarkan nasi impit dari peti ais dan simpan dalam bag siap2
7.30 am - (Breakfast Maggie Cup Ayam / Kari / Milo 3 in 1/ Radix)
8.30 am - Check
Out dan bersiap nak pergi Disneyland
9.00 am - Sampai Disneyland – Check In
(Tinggalkan bag di Storage Luggage)
9.30 am - Naik Shuttle ke DL
10.00 am - Masuk Disneyland
1.00 pm -
(Lunch Tahitian Terrace Restaurant )
2.00 pm - Solat di City Hall Main Street (Solat Jamak Takdim
Zuhur/ Asar)
2.30 pm - Parade
5.00 pm - Cari characters di Fantasyland
8.00 pm - Firework / Shopping barang Disneyland
9.00 pm - Rehat (Solat Jamak Takhir
Isyak/Magrib)
9.30 pm - (Dinner – Nasi impit
+ sambal ikan bilis tempe kacang + serunding + kari ayam yeos)
Day 3
5.00 am- Solat Subuh
7.00 am- Bawak anak-anak mandi manda di pool
7.45 am- (Breakfast Maggie / Nasi impit + Sambal udang + ayam rendang/Nuttela/
Milo 3 in1)
8.30 am - Posing2 di sekitar taman dalam Hotel Hollywood Disney
9.30 am - Naik Shuttle ke Disneyland
10.00 am - Masuk
Disneyland
1.00 pm -
(Lunch The Explorer Club Restaurant)
2.00 pm - Solat di City Hall Main Street (Solat Jamak Takdim
Zuhur/ Asar)
3.00 pm - tengok parade lagi
7.00 pm - keluar dari Disneyland dan terus ke Disneyland Station, & beli Octupos Card. Naik MTR ke Sunny Bay Station, then tukar MTR ke MTR Lai King interchange TWL ke MTR Mongkok Exit D3.
8.00 pm - Ladies Market
9.00 pm - Dinner (Miss India Restauran kat Ladies Market) dekat dengan SASA – roti
Naan + Kari Ayam + Briyani Kambing
10.00 pm - MTR Mongkok ke MTR Lai King,
interchange ke Sunny Bay, turun di DL Station.. Naik shuttle untuk sampai hotel & rehat (Solat Jamak Takhir Isyak/Magrib)
Day 4
5.00 am - Solat Subuh
9.00
am - Check
Out Hotel Hollywood Disneyland dan simpan bag di Storage Luggage
9.15 am - Naik shuttle bas untuk ke Enchanted Garden Breakfast di Hong Kong Disneyland Hotel
10.30 am- Jalan2 bergambar sekitar Hong
Kong Disneyland Hotel
11.00 am -
amik shuttle pi Disneyland station, turun Sunny bay station, tukar MTR dan turun ke Tun Chung Staition dan terus ke Citygate Factory Outlet / Shopping
3.00 pm - Tung Shung station ke Sunny bay Station. tukar
train sampai ke Disneyland station. (return Octopus Card).. naik shuttle balik Hollywood hotel
3.30 pm - Sampai hotel untuk pick up bag. (Suruh Hotel call
Teksi )
4.30 pm - Tiba di Hong Kong International Airport
naik train untuk ke terminal 2/ tempat naik flight
6.15 pm - Flight balik (dinner pre meal dalam flight siap2)
10.20 pm - Tiba LCCT
12.00 am - sampai rumah
Harap2 membantu ..
16 comments:
memang sgt2 membantu!!
thanks share ni. nanti kalau ada rezeki ke sana leh la ayu tgk kat sini.. :)
akak....mcmni ar suka...takde tertanya2 byk kali..berapa kos berapa itu ini....
terang jelas...senang buat perancangan....
sangat membantu kak..
----------------
kak ada org mengata juga ke ..lor duit kita....kita ni isteri pandai bajet..nak berjalan...7-8 bulan punca perancangan...mcm sy juga kak...sy plan mesti awal...dan simpan duit skit2....mcm akak juga..
tq kak
This is y I like to read ur entry... sangat details.. mekasih K. Mie for all the infos... sangat bagus utk rujukan... :)
insyaallah kalau sy ada nak kesana..akan sy godek blog ni...
puas hatikan bila semua perkara kita buat sendiri..itinerary akak sgt membantu..
p/s:peduli apa kata org..hehehe
hahahaa...inilah yang dinanti2kan...siap ngan waktu...terbaik la...trus mengelinjang tak sabar...
haishhhhh.. bagusnyaaaa.. detail gileeeeee.. mmg sangat sangat detail la kak.. :)
tq kak mimi.. memang kena simpan duit ni.. hehe
info camni lagi2 lah membantu sis...
thx for sharing....
manusia ni payah kan sis...
tak selidik betul2...
mulut sesedap rasa je nak cakap...
isk isk isk...
pandai kita nak pegi memana...
pandailah kita nak berbajet kannn...
fiza pun plan nak pi Disneyland US..dalam mimpi heheheheh..tp tak salahkan jadi impian one day...btw..tq sngt membantu...walaupun tak HKdisney..kot tempt lain pun leh kita refer itinerary nih..
Detailsnya sis..good!!
tq for sharing sis! teringin nak pegi tp taktau la bila. ada rezeki ke sana nti boleh refer entry ni. ehee...
gud info mimi..boleh jdk rujukan di kedian hari.
siap ada itenarary ha... sng l sapa2 yg nak pegi... leh print terus je mausk bag
Salam,
Saya akan stay di Silvermine Beach Resort. Saya nak tanya, from the hotel nak ke Disneyland Hong Kong nak kena naik transport apa ya? Taxi or MTR or bus? Saya akan pergi ke sana ber 4 bersama suami & 2 anak. Please advice. Thanks.
Post a Comment