Friday, June 28, 2013

Info Hari Jumaat - Rahsia Taugeh

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Salam pagi Jumaat ... Ok sajer nak share dengan kawan2 semua ...




Menu TAUGEH untuk hidangan makan tengah hari mahupun makan malam sering kali dipandang sebelah mata oleh kebanyakan kita. Taugeh dilihat sebagai hidangan yang langsung tidak menyelerakan.

Tapi tahukah anda, taugeh yang kerap kali menjadi pilihan terakhir untuk dijadikan sayur ini sebenarnya mempunyai banyak khasiat. Taugeh dikatakan mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita. Pengambilan taugeh oleh kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan oleh golongan ini makin baik. Begitu juga wanita, ia cukup berkesan membantu kesuburan telur yang dihasilkan.

Bagaimanapun, khasiat taugeh tidak sekadar penyumbang kesuburan, ia juga terbukti melalui kajian mengandungi bahan yang dapat melumpuhkan bibit kanser, usus besar, pankreas dan juga penyakit leukimia.

Mengikut kajian yang dijalankan taugeh sama ada dari jenis kacang hijau, alfalfa dan sebagainya mengandungi banyak unsur fitokimia ya berkhasiat. Salah satunya ialah kanavanin (canavanine), sejenis asid yang amino. Kanavanin, dikatakan mampu melumpuhkan bibit kanser leukimia, usus besar dan pankreas.

Selain itu, taugeh juga mempunyai estrogen semulajadi berfungsi sama dengan estrogen sintesis. Estrogen dalam taugeh dapat meningkatkan kepadatan dan susunan tulang, serta mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis)


Pengambilan taugeh oleh wanita secara kerap dapat membantu mereka menghindar mereka dari kanser payudara, gangguan menjelang menstruasi,simptom pra-menopaus, dan gangguan akibat menopaus.

Sewaktu kacang-kacang dicambahkan untuk dijadikan taugeh secara umum kadar saponinya meningkat sehingga 450 peratus.

Mereka yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung, gara-gara kadar lemak darah yang tinggi dianjurkan lebih banyak mengambil tauge dalam menu harian mereka.


Saponi dalam taugeh, menghalau "lemak jahat" LDL, tanpa mengganggu kandungan lemak baik HDL.

Selain sarat DNA, tauge padat dengan antioksida kuat yang menghalang tubuh dari radikal bebas perosak sel DNA. Pelindungan ini menguatkan kesimpulan taugeh merupakan sayuran yang membuat anda menjadi lebih muda.

Satu lagi khasiat taugeh yang tidak kurang hebat adalah membantu membuang kotoran dalam usus besar kerana mengandungi banyak serat dan air. Inilah yang menjadi tunjang utama tauge dalam memerangi sel kanser.

Apabila kotoran segera meninggalkan usus besar, tiada lagi zat-zat racun dalam kotoran yang yang dapat diserap tubuh. Ia akan mencegah pengumpulan bahan beracun yang dapat merangsang berseminya benih kanser.

Selepas membaca kebaikan sayur taugeh janganlah ragu-ragu lagi untuk mengambilnya. Jadi apalagi,
 
JOM kita ramai-ramai makan taugeh hari-hari..

gambar sumber dari : -
www.tiffinbiru.com

8 comments:

Ayu Ayunie said...

ayu mmg penggemar taugeh.. mmg suka je kalau makanan ada taugeh. hmm.. nampak makin slim lak biler tgk pic tu.

Dr K said...

jom pakat makan tauge!!!! hehehehehe..

Anonymous said...

Tak ramai yang suka makan taugeh kan.Saya ok je,cuma kalau kat rumah jarang masak sebab leceh nak buang ekor taugeh tu xde assistant hihihi

Homestay Melaka Mansor Choot said...

homestay murah untuk didiami di melaka .comment saja di blog kami http://homestaymansorchoot.blogspot.com/

Hirda Ibrahim said...

aku salah sorang yg tak suka taugeh langsung.
If ada taugeh dlm bihun ke, mee ke. jenuh aku nk kelebek buang satu2. sayur lain aku ok lg. tapi taugeh, aku pun x tau pasaipa.
memang dia ada satu rs yg aku x leh nk telan.

But... benda yg x berapa sedap kat tekak tulah yg sebenarnya bagus kan?

ida ahmad said...

i knew it. hehe.. yang nak subur tu..bolehlah rajin2 masak taugeh kat suami.
for me kalau taugeh buat lauk/sayur suka.. kalau taugeh dlm kueh teow. mee goreng..tak berapa layanlah.

Rasp said...

me layan jer sayur apa2 termasuklah taugeh....
and gambar taugeh tu terus membuat ku rasa laparrrr hehehehehe

Nur-nba said...

Banyak rupanya khasiat taugeh..tq kerana berkongsi.