Friday, October 19, 2012

❤ Majlis harijadi, dari mereka kecil sampai dah besar.. ada juga kenangan ❤

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Masih berkisar pasal harijadi.. bila tengok gambar harijadi 2 hari lepas, aku belek2 album lama.. oh dari anak2 aku kecik sampai besar, ada aku simpan gambar2 besday mereka.. seronok juga kalau compile gambar besday ni.. at least boleh tengok dari Farhan dan Emily kecik, sampai dah besar nikan..

Tahun 2005 - tahun pertama Farhan berusia setahun.. aku buat lewat sikit masa ni.. time hari raya.. kiranya besday cum open house.. hahah gelak la tuuu tengok muka aku time ni
comelkan kek besday aam.. masa ni tak pandai BERsecret recipe lagi.. main bantai jek beli kat kedai kek mana2 ntah
 
Tahun 2006 - haaa masa ni aku genap pantangkan Emily 2 minggu, harijadi Farhan yang ke 2 tahun jatuh Hari Raya Pertama (tak caya cuba google 24 Oktober 2006 raya puasa hehe). of course la tak de kedai yang bukak. nak2 kat kg kan.. tp mujur ada kedai kek apa ntah bukak, sempat la beli.. jadi la kan buat kenangan2.. masa ni aku tak leh nak potong kek dengan dia.. sebab aku masih sakit caesarian.. so dia potong dengan papa dia jek, tp lupa plak nak snap gambar

simple jek kek ni.. kek hari lahir Farhan ke 2 tahun . siap ada tulis Selamat Hari Raya. hehehe

Tahun 2007 - Farhan 3 tahun, Emily 1 tahun .. buat di rumah Sentul.. tema Barney sebab farhan suka Barney masa ni, adik tak paham apa2, follow jek. hehehe masa ni pun besday derang jatuh hari raya.. so berbaju raya la kita tahun tu

makk aiii kuning kek.. ala2 kaler DiRaja gitu.. very the striking.. heheh kek ni beli dari kawan2 fotopages

Tahun 2008 - Farhan 4 tahun, Emily 2 tahun.. buat di rumah Sentul juga .. sama jek background tahun lepas.. kalini tema Mickey & Minnie Mouse / Merah Hitam.. gigih aku beli headband Farhan & Emily .. last minit baru jumpa headband tu kat OU.. baju emily aku tempah, baju aku pun kebetulan aku jumpa kat carefour.. dot2 lagi, i likeee.. yang Farhan punya headband tu pun ada riben merah dot2 sebenarnya tp aku cabut. hehehe

Aku dah pandai buat adobe photoshop masa ni, sejak tu tetiap tahun gambar kek anak2 aku mesti aku design sendiri

Tahun 2009 - Farhan 5 tahun, Emily 3 tahun ... kalini buat kat KFC Wangsa Maju .. masa ni ada maskot Chicky sebenarnya, tp masa ni budak2 ramai takut rupanya dengan Chicky.. so tak dapat la kami potong kek dengan Chicky

tetap buat edible gambar sendiri, cuba tak letak muka derang la..

Tahun 2010 - Farhan 6 tahun, Emily 4 tahun.... dalam banyak2 tahun, tahun ni yang paling simple.. ntah tahun tu rasa malas nak buat.. tp tetap buat secara kecil2an.. still ada kek dan menu nasi ayam untuk dijamu pada kawan2 terdekat.. masa ni pun aku tak tau apasal aku tak potong kek dengan derang

masa ni aku beli kat Secret Recipe.. tp sengal betul, derang tak reti gunting design aku buat tu, jadi herot petot edible image atas permukaan kek tu .. ntah apa2 jek

Tahun 2011 - Farhan 7 tahun, Emily 5 tahun .. masa tahun ni buat kat Pizza Hut, bila budak2 ni dah besar, dah paham besday tu cemana, mmg nampak sangat kehappyan nyer tu.. maklum la kawan2 sebaya, hardy, echa, mia, mija, atul, yaya, alesha dan azhad tetiap tahun without miss mesti ada meraikan mereka.. terselit Mr. Cheese kat belakang tu

cantikkan kek ni. heehehe

Tahun 2012 - Farhan 8 tahun, Emily 6 tahun .. buat kat rumah Selayang.. dah besar anak2 mama dan papa.. dah sama tinggi pun.. this year plan dengan A & W... alhamdulilah semoga anak2 happy.. tahun depan dah tak tau nak celebrate cemana lak.. kita makan angin nak tak anak2?

kek ni aku design sendiri .. besar dan cukup untuk semua tetamu.. syukur


❤❤ Bila tengok gambar2 di atas, teringat aku dari kurus sampai la aku kembang dengan jayanyaaa hehehe.. seronok plak tengok gambar besday ni, ada yang bertema2 lagi. kalau tema upin ipin pun best jugak ni.. banyak benda boleh buat..

5 comments:

Nur a.k.a admansyah said...

Best tgk pics lama2...

Rajin Mimi wat party ecery year! Nur jenis malazzzz... hihihi. Normally beli cake hantar taska or gi dinner special ajer!

ellynadyra said...

bday anak, mak yang lebey2 kan....bukan pe, seronok ya amat! salam kenal!

.:fyzz:. said...

Yg pasti kak mimi makin cun gitew

Hirda Ibrahim said...

Hehehhe.. Mengimbau kenangan lalu.
Time dulu mana le ada SR kat kg. Sama le mcm aku. Harap kek kings je kot.

Lynn Hamzah said...

tiap-tiap tahun sambut ek kak...seronok anak-anak...