Thursday, October 4, 2012

❤ Show House ❤

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Just nak share, raya haritu masa kat kg, aku ada pergi tengok satu show house tau .. sajer2 nak tengok (bukan aku nak beli) tp untuk abg ipar aku ler.. sajer la nak tengok2 keluasan rumah kat situ.. so TERtengok la satu show house ni.. kecik je keluasan rumah ni, kalau tak silap aku 18 x 65 kot.. mmg kecik, tp yang aku nak tekankan kat sini, walaupun kecik, tp bila dah dihias, masyallah cantik okeh! rasa nyaman je duduk rumah ni walaupun kecik.. dan walaupun rumah ni jauh di Kulai (kat area bandar tenggara, bukan di tengah2 bandar) nun di sana, tp semua perabotnya dibeli dari IKEA.. sangat2 moden rumah ni nampak .. mmg gah la walaupun ko tak duduk KL yek..


kiki sempat gak posing sat.. nampak tak, set sofa dan set meja makan bersebelahan je. tp cara susun atur nampak kemas dan tersusun

bunga ni plak betul2 atas rak kasut, depan pintu utama.. bukak2 pintu, terus nampak bunga ni

gini la kekdahnya.. depan rak kasut ni (eh ye ke) pintu utama..

aku dah letak gambar ni tonggang terbalik, patut gambar ni dulu..

cantik kan meja makan dia

hiasan dinding yang sangat2 simple tapi nice je
ni dalam bilik utama.. merangkap meja solek ni

kecik je bilik ni.. tp kemas kan


bilik budak2..

dapur.. gelap la plak

memula tak suka bunga bola2 cenggini. tp bila tengok orang ni hias cantik la plak
 
sofa pun moden
 
cantikkan kaler pepel .. naik seri
last but not least, muka i kene la ada kan... ni kat ruang tamu, ada letak cermin.. orang kata kalau rumah ada cermin mmg nampak luas sebab dia memantul kan..

❤❤ seronok tengok showhouse ni.. boleh tiru2 idea kan..

10 comments:

Zana Adieyza said...

rumah kalau kecik tapi pandai hias mmg nampak cantik sgt kan.. yg penting kena pandai susun atur & pilih perabot supaya x nampak sempit..

salam kenal dari zana.. nice blog! keep blogging..

Mooniqueen said...

Sebab tu org ade ckp, klu rumah Kecik kene pandai susun atur bagi nampak luas... Hehee... Tapi klu tak reti nak mendeco pun, tak nampak jugak.. Hehehe... Mahal tak rumah kat sana tu?

˙·٠•●♥ Cik Puan Mimi ♥●•٠·˙ said...

Zana :- betul zana, rumah kecik tp kalau pandai hias, kalah rumah besar kan? salam kenal juga.. nanti saya lawat blog awak yer


Mooniqueen :- rasanya dalam RM120K kalau tak silap la

aiDieNa said...

Rumah kecik ker besar ker.. yang penting susun aturnya.. mmg cantik dan tenang jer.. saya pon kadang² pening kepala pk camner nak hias rumah yg asyik diteraburkan prebet² kenit tue..

Jasfyra said...

cantiknya!! suka tgk..saya pun suka g show house kak..pastu berangan nk deco itu ini.hihi

lovely said...

kalau kreatif..
rumah kecil pun boleh jadi cantik kan.

Lynn Hamzah said...

memang cantik kak...boleh jadikan sumber untuk menghsias rumah plak...hehehe...

mamasuri said...

cantiknyer..bila lah sy nak ada umah sendiri..huhuhu...

Aisyah Husaini said...

Cik Puan Mimi, tq 4 sharing dis pic.suka sangat tgok.leh jadi inspirasi nak touch up umah i nanti. : )

Zana Md Nordin said...

serius mmg cun kak
nampak moden but simple
rumah if deco ngan perabot putih nampak kemas kan.....
cantik lerr...

dok berkenan ngan rak kasut n rak make up kat bilik tu...sama jer kan....

leh jadikan inspirasi nie

and yang penting...pic last...
gojes gitewwww