Friday, October 5, 2012

❤ Mari berangan-angan ..... ❤

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

....... tapi insyallah aku akan cuba laksanakan.. Untuk 4 tahun akan datang, sebelum umur 40 thn aku sangat2 berangan/berharap nak pergi tempat2 ni.. maybe bg orang lain, tak heran or dah pergi, tp bg aku, aku tetap akan usaha untuk sampai ke sini.. antara destinasi yang aku nak sangat2 pergi.. insyallah .. tak salah berangankan.. tp kene ada usaha ..

angan2 pertama... nak pi Hong Kong Disneyland tahun hadapan. sempena anniversary ke 10.. mesti orang tanya apasal tak honeymoon tempat romantik untuk annviersary ke 10? pasalnya, aku nak bawak anak2 la sekali la, tak sampai hati lak nak tinggalkan.. dan apasal di Disneyland Hong Kong bukan di Disneyland Paris? .. hambooi agak2 ler... banyak nau duit nak ke Paris,  pergi dedekat sudah la yek ..

my second wish (berangan la sangat kan) insyallah tahun 2014 nak pi sini plak... tahun 2005 dulu pernah ke Gold Coash Australia.. so kalini teringin sangat2 nak ke Sydney... nak tengok Opera House ni, nak merasa Bondi Beach, nak tengok kangaroo dan koala kat Taronga Zoo .. mesti anak2 suka ..

hajat ketiga.. aku rindu nak pergi Mekah lagi.. tahun 2012 ni dah pergi buat umrah, so target nak pi buat Haji terus kalau diizinkan Allah.. kalau tak dapat panggilan Haji, aku akan buat umrah lagi sekali. Insyallah .. ok mesti tertanya2 apasal jadi third wishlistkan? ok sebab insyallah jika dizikan Allah, tahun 2014 hubby dah abis study, so kalau ada rezeki tahun 2015 boleh la kami tumpukan kursus2 Haji plak..


pastu ada hati plak nak ke sini.. nak tengok salah satu  tempat/perkara ajaib dalam dunia.. berangan2 nak pi musim bunga.. nak tengok bunga sakura







❤❤ heheh tu ajer kot wishlist dalam masa 4 tahun ni... setahun sekali dapat jalan2 pi obersea jadila kan??? kiranya ngam2 umur 40 tahun konon2 aku dah pi tempat2 ni.. bestnya berangannnn .. tak kene bayarkan?

3 comments:

Unknown said...

tak salah nak berangan2 kak
dari angan2 jadi kenyataan..
dari 4 tu..3 dari destinasi tu...menjadi impian zana nak pergi...
insya allah..sama2 doa rezeki kita dipermudahkan yerk kak
amin

Jasfyra said...

syoknyer!! betol kak,xsalah berangan.lgpun kita usaha ke arah tu kan..bkn angan2 mat jenin pun..hihi

Ayu Ayunie said...

berangan mmg best.. mana tau leh jadik kenyataan. kita akan usahakan supaya menjadi nyata kan..
ayu mmg slalu berangan-angan. nak gi sana sinila negara Eropah..
mmg kalau leh nak ke mana-mana mesti nak bwk anak-anak. xbest rasanya kalau tinggalkan dorg.