Wednesday, February 6, 2013

Cuti-Cuti Ke Kota Bahru Kelantan Day 1 - Pasar Siti Khadijah, Pengkalan Kubor, Pantai Sri Tujoh dan Wakaf Che Yeh

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Fuh mintak nyawa mintak nyawa .. berat naik mencanak2 gara2 makan di KB. Hahaha apa taknya, hari2 pg petang siang malam aku order TEH Beng. Tak leh tahan, sedap sangat bak kata farhan “best in the whole world”. Hehehe..

Maybe ada yang pasan, wah asyik berjalan je kerja si Mimi ni ye.. tak de lah, semua ni pun kebetulan.. plan ke Melaka adalah last minit ajer. Tak rancang pun, manakala gi KB ni pun mmg plan dari bulan 11 tahun lepas.. kan bulan 12 cuti sekolah kami tak kemana2, sebab en papa ada kelas lagi dan exam. Tu yang dia kata, dia mula cuti sem jek nanti, kita jalan2. Tu yang kami pilih nak jalan2 ke KB pd 1 Feb bersempene Hari Wilayah. Dah lepas ni aku kene le duduk diam2 sampai cuti sekolah bulan 3. Ala bukan pi holiday mana pun. Maybe balik kampong sebab adik bongsu nak kawin.. bulan 4 pun tak gi mana2, sehinggalah penghujung bulan 5, baru la nak merayap jauh sikit. Insyallah

Dari mana nak setat citer pun aku tak reti ni. Banyak nau nak story mory.. kalau ada kawan2 yg pasan, aku ni jenis jarang update status kat FB, tp bila kat KB ni dah jadi kemaruk lak kejap2 update, kejap2 update.. jakun la kekdahnya.. dah lama tak pi Kelantan kan? Katanya hampir 20 tahun..

Ok lah masa entry INI aku planning lain, tp bila dah sampai sana, itinerarynya jadi lain plak. Tp walaupun bertukar itinerary, aku tetap puashati dengan percutian dan itinerary ni.. ini semua idea en asben dan aku suka dengan idea dia .. sebab banyak menjimatkan masa dan juga semua tempat dapat dilawati.. amboi skemanya ayat..

Ok r u ready, seawal jam 4.30 pagi aku dah bangun.. kemas2 apa yg patut, bangunkan anak2 dan suh mandi manda .. Kelat biji mata masing2 nak bangun.. lebih kurang jam 5.30 pagi kami bertolak dari rumah dan sampai di LCCT lebih kurang 6.30 pagi la cam tu, kalini kami park kat zon A kalau tak silap aku. Yg depan sikit dan dekat sikit. Biasanya kami park kat zon C yg jauh sikit dan murah. Untuk 2 hari setengah kami kene bayar parking RM 116.00.. ok la kan..




tunggu masa nak berlepas

Alhamdulillah selamat tiba.. kejap betul. tak sangka dah sampai sini. hehe

masa ni tunggu keta sewa sampai


bila dah sampai, owner keta bawak kami ke sini, untuk isi borang.. siap kene cop ibu jari lagi tau... kalau sapa2 nak sewa keta kat kelantan ni, boleh la contact kat kertas hijau tu ..


kami amik myvi je. senang sebab dah biasa. ni gambar kat pantai sebenarnya.. lupa nak snap masa baru2 sampai kat epot

lepas amik keta, terus pi McD sebab budak2 dah lapar.. maklum ler flight pagi2 buta kan

pastu kami terus menuju ke Hotel untuk check in.. nanti pasal hotel aku review kendian k. pastu kami terus gerak ke Pasar Siti Khadijah. tp aku tak beli apa2 pun masa ni.. sekadar survey2 dan jugak lunch kat sini



dua versi yg berbeza







punya la banyak snap gmbar udang la sotong la, last2 aku amik nasi kerabu.. bukan apa, aku ngeri plak nak makan udang sotong besar2.. lg pun tekak dah tak sabar2 nak makan nasi kerabu.. emily siap tanya, apasal nasi tu biru.. nasi tu kotor ke? grrrrrrrrrr

memula aku order air ni, sekali nampak ada orang tu order Teh Beng, terus aku order, lepas rasa mmg sedap, terus hari2 sepanjang masa kat sana aku membedal Teh Beng .. pastu badan pun rasa berat je. hehehe

walaupun hari cuti, tp tak ramai

survey2 serunding.. sedap2 la.. dah la tak lokek nak bg rasa. mmg banyak gak kuantiti dia bg rasa tu .. ini serunding ayam

serunding daging

yang bubbles ni, mmg wajib beli kalau aku singgah tempat2 macam ni.. kalau kat pasar payang pun, benda alah ni gak la yang budak2 ni sibuk nak main

yg ni tak tau.. ada sapa2 tau?


dah makan, kami terus gerak ke Pengkalan Kubor.. ternampak bangunan ni

tapi nak masuk ngeri la plak, sebab sure batik2 dan songket2 kat sini eksklusif sangat.. i pakai batik standard pasar payang/siti khadijah je. heheheh

alhamdulillah, jalan tak jem langsung sepanjang aku berada di Kelantan.. tp orang kata, tunggu la CNY ni, siap la bontot korang kematu bertapa kat dalam keta.. jem memanjang
penyelamat kami.. hari2 kami guna maps untuk cari tempat makan, dan macam2 lagi.. senang guna ni, tak yg guna GPS dah..
cuaca pun cantik, tak hujan, tak panas terik
 
lalu kawasan Bunohan.. tiba2 teringat filem Bunohan.. cam seram je kan. hehehe





Ok dah sampai.. tp masa aku sampai ni ngam-ngam 1.15 ptg, semua pagar masuk ke pengkalan kubor ditutup tau. so asben pusing balik cari masjid.. nak solat jumaat dulu..

lepas solat jumaat, baru kami gerak balik ke Pengkalan Kubor ni

tu diaaaaa, dari jauh aku dah sengih2 dah ..mcm2 ada.. tp aku bukan beli pun.. sajer cuci mata

nak beli cerek ke bang




tengok2 sajer..




inner tangan bertatu .. KO BERANI??

strawberry blended gitu

cantikkan tudung half moon tu, tp aku tak reti pakai



pastu kami try Baba Ice Cream yg glamer kat Kelantan ni

ada banyak isi dalam ice cream ni
 


tu dia meriah dia isi macam2


amacam?? terliur tak??? BABA ICE CREAM.. mesti cuba okeh

try tudung batu2.. cun gak kan.. hehehe perahsantan la plak..

ok dah settle beli macam2, jom la pulang, perut pun mintak isi minum petang

otw nak balik ke KB



kami gerak gi Pantai Sri Tujoh plak..

cool je kat sini.. lenggang dan tak ramai orang



sedap ikan kembong ni.... ranggup...

pilih pilih yg mana berkenan



semua food best2.. yang tak best budak ni.. masam mencuka jek.. ko datang bulan ke kak..
menikmati K L C C = Kopok Lekor Cicah Colek

Belut goreng.. makan sambil pejam mata takut terbayang2 ... farhan makan banyak, bukan dia tau belut tu apa. hahahahaha

sutun celup

sedap yang ni..

ada taman permainan kat sini.. so kasi budak main2 dulu (kemain belengas ko Emily)

cantik pemandangan kat pantai sini
babai, ada rezeki aku datang lagi
Lepas dah puas kat sini, kami terus gerak balik ke Hotel.. Kami menginap di Hotel Habib. Hotel ni bukan 4 atau 5 star, aku pun tak sure 3 or 2 star.. ok nak bg review.. so far aku puas hati kat hotel ni.. hotel ni ala2 shoplot gak.. dan jugak hotel ni betul2 tepi jalan .. masa aku sampai tengahari tadi, aku ngeri juga memikirkan cemana nak parking keta ni.. aku tanya staff hotel kat situ, nak parking keta kat mana, dia kata lepas jam 6 ptg, jangan risau sebab parking depan hotel banyak kosong.. kira semua Majlis punya parking la, masukkan je duit syiling tu.. tp kalau dah 6 petang ke atas, tak yah la bubuh syiling lagi kan. dan lagi hari cuti tak yah masuk syiling.. so jangan risau kalau nak parking time malam2.. mmg banyak kosong.. kalau siang2 mmg penuh, sebab banyak agensi kerajaan kat situ.. tapi hari Ahad kene la bubuh syiling sebab hari Ahad derang kerja.. oh ye sebelah hotel aku tu, op kos le ada Kedai Emas Habib Jewel.. tp aku tak masuk pun, pitih tak mengizinkan.. Pastu aku tanya pasal breakfast.. ok penginapan aku ni include breakfast, malangnya 2-2 hari aku tak pi breakfast sebab bangun lambat.. hahaha eh tp solat subuh tetap bangun.. jangan ingat aku main lajak je.. budak2 penat so malas nak turun. aku ada tanya, kalau budak2 kene bayar tak, umur dalam 7 thn gitu.. dia kata tak yah bayar, aku cakap anak aku 2 orang pun, dia kata tak yah bayar... kira hotel ni tak strict sangat la pasal breakfast kat situ kalau bawak budak2.. i very like la kalau macam ni..


ni la tempat bubuh syiling tu. kang aku citer tak paham plak ..

Aku amik bilik Deluxe, so mmg sangat sangat sangat luas.. dan juga depan bilik aku ni cermin.. dari atas sampai bawah.. boleh lihat di luar.. tp bilik Deluxe aku rasa tak banyak .. ada 2 or 3 bilik ajer.. yang lain semua bilik superrior jek.. kecik sikit.. tp aku puashati sebab katil dia besar dan empuk.. katil dia mmg muat sangat2 kami berempat beranak.. tak yah bentang toto pun.. tv lekat kat dinding, 42 inci ok flat screen.. lain2 semua tip top la.. cuma satu je kekurangannya... tak de peti ais.. aku rasa derang kene upgrade pasal peti ais tu.. lain2 semua ok, siap ada peti besi lagik.. (aku tak perlu peti besi, aku lebih perlu peti ais!!!)

TV betul2 mengadap katil. lupa plak nak snap


kaca sepenuhnya.. boleh nampak luar



Malam tu, lepas maghrib, kami terus gerak ke Wakaf Che Yeh plak.. tak jauh la.. senang je kalau guna maps kan. hehehe




tak abis2 beli baju tido spiderman

aku beli ni.. inner kaler2.. senang nak pakai dengan t shirt




sedap wooooo pulut ayam ni..






pastu kami makan malam kat situ. sebab anak2 dah ngantuk. tak sempat nak cari tempat makan best2.


dalam kul 10 mlm, kami sampai hotel.. parking kosong.. boleh pilih yang mana suka. yahooo...
pstt:- penat tak baca.. aku yang menaip ni pun penat tau. hehehe

21 comments:

NinaAz said...

Wahhh. Rindunya nk make nasi kerabu kelate. Hihihi.
Yang warna merah tu panggil cendol jugak kak. Rasa mcm jeli tu. Makan sekali ngn cendol hijau. Buhuh dalam abc pun ado. Hihi. Sedap. Kenyal3

Hirda Ibrahim said...

terliuq tgk celup2 ituuuuuu....
slurpssss...
takpe2.. pasni diet. bukan selalu nk pi jln poms!

lieyalatif said...

ya Allah kak...aku dok ckp wow! wow! je ni tau sepanjang scroll entry ko ni kak...dah le gambar super debomb cantik, makanan2 pun mmg semua sedap2...uihh takpe kak, berat naik pun sebab cuti2 kelantan...tak makan rugi sebab bile lagi nak sampai sane kan.....nanti akak diet le slow2 balik....

ishh ni berkobar2 nak pi klate nie...rindu plak penah dok sane 10 tahun kak....

Cik Puan Mimi said...

NinaAz :- ooo cendol gak ye.. ingatkan macam isi kelapa di parut2...

Cik Puan Mimi said...

hirda :- tu baru hari pertama makan celup2.. hari kedua pun lg menarik, ada celup ketam besar! hahah

*∽ IZAN ∽* said...

Wah izan tak pernah sampai lagi Kelantan uhuhuhu.. rasa teruja plakkk tengok tempat2 yg Mimi pergi ni

Dr K said...

Terus rasa nak gi KB lagik!!! hhihihih..
Last saya pergi bulan Feb tahun lepas....makan makan kat KB mmg best kan....gi makan tak nasi ulam Cikgu?

Pengkalan Kubur...pantai tu...saya tak sampai lagi....

Sewa Myvi tu berapa ringgit sehari?

Jasfyra said...

paling best kt kelantan ni makan2 la kan kak..nyum2

Cik Puan Mimi said...

*∽ IZAN ∽* :- lepas pantang nanti, kenen2 la kat hubby nak jalan2 ke Kelantan pulop.. best woo

Cik Puan Mimi said...

Daddy Ziyyad :- oo nasi ulam cikgu tu pergi.. tapi hari last.. nantikan sahaja entrynya! hhihihi. sewa keta tu sari RM 80.00 tak tau la mahal ke tak

Cik Puan Mimi said...

Jasfyra :- makanan mmg macam2 kat kelantan ni. banyak lagi akak tak sempat nak cuba.. ada tu maggi ketam, teringin nak rasa, tp tak sempat pergi

Chekgu Azrine said...

serius..rindu giler nak balik kelantan..huhu

kurus said...

bestnyaaaaaaaaa
saya dah lama x sampai kelantan nie
best2 ...';)

yong ibu chem said...

Saya pernah g wakaf che yeh waktu tu azan isyak bkumandang..semua peniaga lelaki esp di wajibkn g solat lps azan. Sapa yg tk pegi akn kena kejar dgn penguatkuasa yg jaga situ.

Unknown said...

Saya akan ke Kota Bahru d hujong bulan ini
blog puan sangat menarik dan kira kira akan mengikut iternary puan

Terima kasih

Ozy

joe said...

Byk lg kak xrasa ni..mkn etak,sup belut,maggi ketam,mee celup,lawat kilang keropok kg dlm rhu tumpat,mlawat sleeping tokong,jln kat tok bali,pg rantau pnjang,masuk mundok,beli beras siam,gi golok...hehe...

Teng Family said...

Blog puan sangat menarik. Saya dan keluarga akan berkunjung ke Kota Bahru minggu depan dan harap dapat menikmati apa yang puan lalui. Thank you!

evEmadA said...

Saya akan ke Kota Bahru minggu depan. Terima kasih kerana share itinerari puan. Sangat menarik dan informative.

afiqsamuel said...

Sukanya tengok gambaaar dalam blog nii, sangat informative.

Haqif Azmi said...

cuti-cuti kelantan. shopping best kat sini.hehehe

siapa nak bercuti di kelanttan nak cr homestay atau sewa kereta boleh la berkunjung kesini yer http://www.keretasewakotabharu.com

Unaizah San said...

Lama dah tak pegi kelantan.