Monday, February 4, 2013

Cuti-Cuti Ke Melaka - Day 1

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Eh betul ke cuti2 ke Melaka? bukan ke Kota Bahru ke?? hahaha sebenarnya cuti ke Kota Bahru jumaat lepas, yang ke Melaka ni masa cuti maulidul rasul haritu.. minggu lepas tak sempat nak buat entry, so aku buat harini.. untuk cuti2 ke Kota Bahru aku buat lepas abis entry cuti2 ke melaka ni ok..

Pagi2 sebelum gerak ke Melaka, kami singgah di Tanglin untuk bfast.. cam biasa la kalau ke sini, menu wajib adalah mee kari..

sekarang ni kalau pi mana2 mesti emily nak bawak anak patung
muka setia menunggu mee kari

3 mangkuk je.. mee sup tu farhan dan emily share je..

Lepas makan kami terus gerak ke Melaka, lebih kurang pukul 1 ptg kami pun sampai ... terus ajak hubby pergi Klebang nak cari coconut shake yang gelemer tu.. nak hilangkan kempunan. sebab ramai kata sedap.



tu dia.. baru pukul 1.00 petang tp orang dah ramai beratur.. yang kat sini untuk tapau. kalau nak makan2 dan minum kene masuk lorong depan..


order 2 jek, budak2 tak suka.. (anak aku ni makanan or minuman pelik2 mmg tak suka)

sedap sangat.. mmg puashati la datang dr jauh
siap tapau bawak balik hotel.
 
dah nak sampai hotel.. sat gi baru nak check in
bebudak ni pun sibuk nak bawak bag. bukan nye ada baju derang pun.. tp semuanya toys.. grrr

 

 
 
budak2 kan bila nampak bath tub sibuk la nak mandi manda..ok korang mandi dulu, mak pak nak rileks tengok tb sat
 

Petangnya plak, kami plan nak makan di Umbai.. x tau jalan, kita bukak GPS



kami makan di Ikan Bakar Parameswara ni.. aku pi sini sebab banyak review tentang kedai ni.. not bad la


untuk kami 2 orang makan. hehehe
kami giliran ke 22
telur dadar
kailan ikan masin .. punya la besar hidangan ni, padhal nak makan 2 orang je.. RM7.00 (sengal orang yg amik order haritu)
 
kupang masak pedas .. sepinggan RM12.00 (banyak kupang tak terbukak, payah nak kopek grr)
 
Sotong celup tepung .. hat ni paling fail aku rasa.. nama je celup tepung, tp tepung tu tawar giler, dan keras kejung.. tak rasa apa2 okeh... sedap lagi kat Senandung Semalam Bagan Lalang, rasa sotong celup tepung ala2 tepung KFC, sedap giler (aku bg review ni bukan nak kondem, so kalau ada pekerja or tokey Restoren Ikan Bakar Parameswara ni yg baca, sila la ubah cara goreng celup tepung sotong ni, supaya sotong tu jadi sedap, ikhlas ni tau aku bg komen)
 
udang butter prawn RM22.50, tp macam salut nestum jek aku tengok/rasa... pelik rasanya, bukan butter prawn tu ada sarang2 telur tu ke?

Ikan bakar bercili.. yang ni mmg terbaek.. walaupun ikan sekor besar, licin asben aku kerja kan..
cecah air asam dan cili kicap.. air asam tu sangat2 sedap dan menepati tekak aku..


nasi lomak.. makan sebungkus jek..
 
 

semua ni makan 2 orang je. anak2 tak mo makan. heheh pengsan nak abiskan
 
sebelum

selepas. hehehe aku sorang je bedal udang tu. besar2 ada la 8 ekor
balik singgah plak beli kuih bakar

Balik dari umbai, kami terus ke bandar melaka.. jalan2 sana plak.. naik cruise .. dulu pernah naik waktu siang. kalini naik waktu malam

 





 
balik dari naik cruise kami ke menara taming sari. tp dah tak larat nak amik gambar.. pastu kami pun balik hotel


gambar adalah hasil campuran samsung notes & Lumix GF5

22 comments:

NinaAz said...

Kuatnya akak berjalan. Hihi. Best2. Kak. Hotel yang akak duduk tu dalam bandar hilir kan?? Belakang mall. Tahun lepaas kami dtg melaka duduk situ jugak. Hihi.

~aYu~ said...

best je kalau jenjalan kan.. lebih2 lagi dgn family tak kisah la gi mana pun. tido hotel mana tu? dah naik river cruise tp alahai bau hanyir.. biler kena tempias air cepat2 basuh dgn air mineral.. hihi..

Puan Mimi said...

Nina Az :- heheh sebenarnya akak berjalan ni kebetulan je.. time asben cuti semester.. nanti dia dah naik sem, duduk rumah ajerlah jaga anak2. hotel ni dalam bandar. dekat dengan mahkota parade, taming sari dan lain2

Puan Mimi said...

ayu :- betul tu, kalau jalan2 dengan family ni mmg seronok biarpun anak2 macam2 ragam kan. hehehe akak tido hotel Mahkota. biasalah air sungai mmg bau kurang menyenangkan sikit..

Jasfyra said...

kemain lg bwk beg satu sorang..rupa2nya toys dlm tu eh..hehehe

biasalah kak,bdk2 bkn nk mkn sgt.samala anak saya pun.xpela,asal diorng sihat cukup kan :)

MyKhalish said...

hehe.. nmpk dah tu hasil gf5.. best nya gi jenjalan melaka..

Puan Mimi said...

jasfyra :- tu la mmg tak harap depa bwak baju sendiri.. sibuk nak bawak toys kehulu ke hilir. heheh

Puan Mimi said...

mykhalish :- mesti dah boleh agak mana satu hasil GF5 kan? heheheh

Cho Zila said...

best entry harini... suka sesangat.. akakpun teringin nak gi semuanya termasuk tanglintu.. menarik..

wahida said...

coconut shake klebang tu mmg sedap...


senandung mlm ikan bakar bgn lalang tu mmg sedap kan sis...kami anak banak pun suka...

Nory Zoulkefle said...

terbaik punyer jalan2 cari makan...

Puan Mimi said...

Cho Zila :- saya suka citer detail kalau gi mana2. ada yg suka, ada yg mungkin tak suka. heheh

Puan Mimi said...

Wahida :- haah tak menyesal la datang jauh2 semata2 nak rasa coconut shake dia. mmg sedap. yg senandung semalam tu mmg tak de yang leh celen la. terbaek

Puan Mimi said...

Nory Zoulkefle : ni baru jalan2 cari makan kat melaka sis, tunggu nanti kat KB, lg pitam, makan jek kerja nya.. dah naik gedempol rasanya ni

linalucx said...

Sis len kali dtg melaka try plak g alai,umbai orang dh xg sebab mahal n xsedap..alai lg sedap kalu nk mkn ikan bakar & murah tp dia bukak dalam pukul 6.30 pm keatas la.
kalau nk mkn asam pedas try kota laksamana memang sedap..
tmpt lain dh lupe..hehehehe...

Puan Mimi said...

Linalucx : oo nama tempatnya alai? Ok thanks for the info. Nanti kak cari kat alai plak..

Hirda Ibrahim said...

Ya Allahhh terliuqnya tgk coconut shake ituuuu...

ooo ko stay hotel ni. dekat mahkota parade kan? senang.

for ikan bakar, aku tetap suka kat Anjung Batu. Umbai harap glamer je.
last yr aku pi mkn kat PD pun udang butter dia camtu. dh ala2 nestum,
pelik okeh. sgt x leh terima.

Puan Mimi said...

Hirda Ibrahim :- kannn. coconut shake tu la yang paling aku nanti2 kan bila din ajak gi melaka. hehhe

Hotel ni dekat dengan semua tempat, tp aku still naik keta.. malas jalan kaki.. sangat la mak datin kan?

tu la aku pelik, apasal nama butter prawn? nama tak nestum prawn ajer? baru betul

onniesham said...

pompuannnn tanglin tu kat celah mana?? trliur aku tgokk mee kari tu

Puan Mimi said...

Onniesham:- Tanglin tu kat area Lake Garden sana. nanti satu hari kita pi bfast sana nak?

Cik Lala! said...

google pasal medan ikan bakar kt melaka..then jmpe ni..Wa..nice sharing tentang medan ikan bakar, mcm sedap jer, boleh nnti pi melaka mkn kt situ, i mmg suka seafood n bakar2 ni...tq! :)

jemputlah ke blog sy pulak ye :)
salam perkenalan

Elaine Chew said...

Selamat cuti !

Boleh kunjungi A Famosa Resort di Melaka lain kali :) 5* villa

www.villafamosaresort.com