Thursday, August 19, 2010

Awas Jualan Murah

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Aku baru dapat email ni dari kawan opis.. sekarang nikan tengah sale giler2 sana sini.. memang boleh dijadikan ikhtibar.. baca tau kawan2.. semoga kita semua tak terpengaruh sangat dengan jualan murah ni..



MUKADIMAH:


JUALAN murah, harga runtuh, tawaran potongan harga 50 hingga 80 peratus, di pusat membeli-belah sering mendapat perhatian yang menggalakkan daripada pengguna terutamanya golongan wanita yang gemar berbelanja sakan.

Persoalannya adakah jualan murah ini benar-benar wujud atau ia sengaja digunakan oleh peniaga untuk mengaut keuntungan lebih-lebih lagi menjelang musim perayaan seperti sambutan Hari Raya Aidilfitri yang akan disambut oleh umat Islam di seluruh negara kurang tiga minggu lagi. Ikuti laporan khas wartawan Mingguan mStar mengenai penipuan jualan murah yang diibaratkan sebagai ‘duri dalam daging’ terhadap masyarakat di negara ini.

PETALING JAYA: Sehelai selimut tertera dua label harga iaitu RM455 dan selepas diberi diskaun kononnya sebanyak 80 peratus, maka harganya turun mendadak kepada RM109.20.

Ironinya, tarikh yang tertera pada label harga diskaun ialah 10 Ogos 2009 bermakna ia dicetak pada hari berkenaan sementara label dengan harga RM455 - yang kononnya harga asal - tertera tarikh 22 Julai 2010.

Kesimpulan mudahnya ialah, pengguna ditipu oleh pihak penjual yang tidak bertangggungjawab kononnya mereka menerima harga diskaun yang sangat menarik sedangkan pembeli membayar harga asal produk yang dijual itu.

Itu baru satu contoh barangan, sedangkan terdapat ribuan produk yang dijual di situ dengan tawaran potongan harga bagi menarik perhatian pembeli yang tanpa disedari mereka sebenarnya terpedaya.

Bayangkan keuntungan yang diperoleh peniaga sekiranya taktik serupa dilakukan setiap kali promosi jualan.

Tiada siapa yang menyangka, penipuan licik seperti itu didalangi oleh pusat membeli-belah terkenal, bukannnya gerai di pasar malam atau di tepi-tepi jalan.

Merasakan dirinya tertipu dengan potongan harga yang disifatkan tidak masuk akal, seorang pengguna prihatin, Khairul Nizam Abd Maulud, 34, tampil mendedahkan perkara tersebut kepada Mingguan Mstar baru-baru ini.

“Saya sangat kecewa dengan penipuan yang berlaku. Selalunya saya akan semak tanda harga sebelum diskaun. Tapi pada hari kejadian isteri saya terlepas pandang kerana dia pergi seorang diri. Lebih malang, tanda harga sebelum diskaun tertera tarikh Julai 2010 sedangkan harga ketika promosi pula memaparkan tarikh Ogos 2009.

“Di sini jelas menunjukkan penipuan tanda harga oleh peniaga, harga promosi yang diletakkan pada barangan itu adalah harga asal produk berkenaan. Nampak sangat peniaga sengaja mencari keuntungan dengan cara yang mudah kerana mereka tahu pengguna pasti membeli produk pada harga yang murah,” katanya.

Beliau yang juga pensyarah di sebuah Institusi Pengajian Tinggi berkata, di sinilah pentingnya ilmu kepenggunaan, kerana ia dapat membantu pengguna membuat penilaian terhadap kesahihan harga sesuatu produk sebelum dan ketika promosi jualan murah diadakan.

“Membaca label dan tag harga adalah penting, tapi pengguna sering mengabaikannya. Inilah yang selalu menjadi punca kepada penipuan tanda harga. Sikap tidak suka membaca tag harga pada produk perlu dikikis, kita perlu jadi pengguna yang berhemah, biar kita jadi pengguna yang ‘alah membeli menang memakai’.

“Ini tidak pantang ternampak iklan jualan murah kita pasti akan ke pusat beli-belah berkenaan untuk membeli-belah. Kita harus membuang sikap sedemikian, sebaliknya kita perlu membeli barangan yang dirasakan perlu dan jangan membazir dalam berbelanja, barulah kita boleh menjadi pengguna yang berhemah,” katanya.

Khairul Nizam berkata, penipuan tanda harga ketika jualan murah banyak berlaku di pusat beli-belah terkemuka di negara ini saban setahun.

25 comments:

♥cikmOt♥ said...

kak,...saya tak paham yang ni...

tanda harga sebelum diskaun tertera tarikh Julai 2010 sedangkan harga ketika promosi pula memaparkan tarikh Ogos 2009

bleh akak terangkan tak...kang saya datang balik...

♥cikmOt♥ said...

eh dah paham dah...bila nengok gambar...mekasih kak...sharing is caring...

˙·٠•●♥ Cik Puan Mimi ♥●•٠·˙ said...

izan: memang kalau baca sekali tak berapa faham.. kena teliti tarikh kat tanda harga tu.. baru faham..

Unknown said...

kite ni kalo dah tgk beza harga diskaun tu cam byk je kan dah rasa teruja sgt...kdg2 terkena gaks...huhu

ratna said...

oooo lepas ni kena tgk bebetul ni. thanx kak mimi for the info.

Unknown said...

salam kenal kak.. haishhh..begitu jauh perbezaa hrga yg boleh buatkan pengguna rasa tertarik.. huhu

aiDieNa said...

Memang bila sale dorang biasa buat camtu.. memang patut kerajaan gubal undang² pasal nie macam lam berita itu hari.. supaya pengguna² tidak tertipu lagi..

aSmiDar said...

dah penah kna macam ni..
malaun betol kita beria soka bila hrga mnjunm turun..
padalah harga sama kt tmpat yg xde sale..
pastu pandai2 pjuk diri konon yg kita punya tu ade stndart..
haishh
macam2..

eima said...

dah faham dah ....
10082009 ngan 22072010

nampak tuh ...
penipu

deelira@deeliraz said...

sesekali pikir mmg x logik kalau hage sesuatu barang diturunkan sehingga 80%.nmpk cam dah xde untung malah jatuh rugi la peniaga tu kan. tu seme taktik je..jgn la kita terpedaya.

thanks for the info :)

bunga_rose said...

salam kenal kak

ermnn..sale ni kadang2 memang susah nak pecaye, tapi kite ni kaum hawa selalunye terpedaya tgk diskaun sana sini kan.. pasni saya kena berhati2 la..haihh

yong ibu chem said...

kak mimi. saya dah lama tau psl penipuan jualan murah ni. adik ipar saya dulu ms tggu result spm, keje kat hypermarket J**C*. jd salesgirl. dia kata jgn percaya lah sgt ttgh jualan murah tu. harga asal yg kekonon dia letak tu, tipu je sebenarnya...almost brg mcm tu..

Anonymous said...

Betul tu kak Mimi..saya dah tahu pasal penipuan ni sebab penah ada experienced tentangnya..mudah-mudahan kita semua berwaspada & tidak menjadi mangsa
psst setuju bebenar dengan statement Yong dengan J**C* tu sebabkan, hari tu awal tahun(masa tu xde SALE) saya beli blouse Mia brand M*K* kids price masa tu around RM 39.90 takde apa2 less pun..then Sale baru ni kita saje jalan2 jumpe blouse yang sama (w/pun kat outlet J**C* yang berbeza) saya tgk price nya lepas discount jadi RM 45.90 huh??terukkan!!!

~aina~ said...

wahhh tq for the info k.mimi!

A D I A said...

nasib pengguna prihatin tu tampil ke depan, sbenarnya byk dah kes2 macam ni tapi orang malas nak buat report.

padan la sogo sale je memanjanggg.

zAnNa@mAMaBaTriCE said...

betul tu kak mimi...mana2 sales yg offer 70 - 80 % tu mmg tak boleh di percayai....yelah, kalau fikir logik pun...takkan ler syt nak offer discount sampai byk tu......takkan dia nak jual barang dgn harga lagi murah yg dia dpt....kalau betul pun, berapa plak harga sebenar barang tu dia dpt kan....tak logik2....

takat sales yg 10 - 15 % tu..insya allah lah....

zana kekadang teruja gark bila tengok sales giler2 nie....tp nasib ler hemlin tu jenis kepala otak kira2 lebih....mmg dia takkan caya lah.....dia ckp, nanti kalau tak sales, cuba tengok harganya balik...sure sama....betul gark kan..

*∽ IZAN ∽* said...

AHahaha.. bagus ni Mimi.. memang ada can jadi 'mangsa' kita-kita ni kalau tak hati-hatii.. isk isk isk..

p/s: wehh.... jangan la formal sangatt.. segan I ...auww!!!

mamaarifakeemaisy said...

tu la kan..taktik kotor peniaga nih..pengguna jd mangsa..harus buat laporan nih!

bdw..salam ziarah.. ^_^

Echa said...

rasanya kat mana mana memang camni kan... harga sale tu.. adalah harga sebenar... tapi nak buat camne kalau hari biasa yang takde sale tu.. memang dia letak harga yg mahal tu.. bila sale baru dia letak harga sebenar... itu lah yang beli jugak tu kan.. ishhhhh.. tak baik betul kan...

Fieza said...

Hmm tu la taktik diaorg kan..kena lebih berhati2 lepa ni..husband saya mmg tak percaya langsung ngan jualan murah kat supermarket ni

˙·٠•●♥ Cik Puan Mimi ♥●•٠·˙ said...

terima kasih kawan2 atas nasihat yang kalian berikan. memang kita harus lebih hati2 dan tak terpedaya dengan jualan murah ni.. memang ada segelintir syarikat amik kesempatan, tp ada jugak yang benar2 boleh dipercayai.. tugas kita, kena semak harga dan expired date.. semoga kita semua tak ditipu lagi..

Ctnurkhijah said...

TQ akak bagi info ni..

sebelum ni ct mmg tak tau plak kat tanda harga tu ada tarikh..tak belek habis-habis..

nnt kena lebih hati-hati..

Unknown said...

ishhh bahayanya, thanks for the info, lepas ni kena lebih berhati2 la

Anonymous said...

tujuan berita ini adalah untuk menyedarkan pengguna dari terus tertipu saban tahun... tiada tujuan lain.. moga pengguna2 lebih berhati2.. akdang kala kita tidak sedar pilihan yang dibuat oleh disebabkan lautan umat di dalam satu-satu tempat beli belah.. bila balik.. baru sedar...



so kalau tak didedahkan.. pasti akan terus berleluasa... thanks to wartawan dan editor mstar
k nizam

Wansteddy Tales said...

saya tau jualan selimut toto kat SOGO tu harga tipu sebab pernah tgk kat kedai pemborong ni selimut yg sama berapa puluh je xsampai rm50 kat sogo kononnya harga asal cecah rm400++... pastu kawan saya selalu komplen handbag xtahan lama. cepat rosak. beli mahal2 pn xelok jugak. ada yg kata dorg ambil dari Thailand. wallahualam...