Mama Farhan & Emily
Entry ni sambungan dari kisah lepas.. Ok aku nak ceritakan ada satu kisah yang sehingga kini masih segar dalam ingatan.. kejadian beberapa tahun yang lampau... bermula kisah bulan 12 tahun 1994 aku dah stat kerja sebagai Typist di sebuah syarikat yang gah kat johor tu.. tp korang pun tau kan, gaji typist tu berapa la sangat (ni bukan kutuk typist tau).. nak2 time tahun 90-an .. gaji aku masa tu hanyalah RM375.. sikit sangat.. tp sebab aku ni ada satu tabiat yang aku kalau nak satu2 benda aku akan usahakan jugak.. aku simpan gaji aku sikit2.. campur dengan duit bonus lagi (berapa la sangatkan bonus untuk gaji sebulan pun)
Idaman aku masa tu purse dan jam bonia (tak agak2 punya idaman, padahal typist jer aku masa tu) tp berkat gigih simpan duit, aku dapat beli purse dan jam bonia (masa zaman ni, Bonia sangat popular).. senyum sampai ke tinger sebab dpt beli tau.. ialah nak harap sapa lagi.. mak pak bukan orang kaya raya..
Tpkan, ada cerita sedih disebalik aku beli jam Bonia tu.. satu hari aku gi sembahyang kat Masjid di Kotaraya ni (opis aku kat situ jer) kebetulan aku balik lewat haritu, so dah nak magrib, aku sembahyang la kat situ, lepas amik air sembahyang, terus solat dan balik.. serius aku lupa pasal jam Bonia kesayangan aku tu kat bilik air...
Balik rumah, tetiba teringat kat jam tu pasal aku kalau bukak jam terus masuk simpan dalam kotak.. Ya Allah masa tu pucat lesi muka ni.. ialah aku tertinggal jam di Masjid Kotaraya (tempat shopping complex) conpem la hilang dicuri orang.. sedih bukan kepalang masa tu.. ialah nak dapat susah... beli dengan hasil titik peluh aku sendiri..
Selepas seminggu kejadian tu berlaku, aku memang dah boleh rasa tak kan jumpa dah jam tu lagi.. ialah dah lama kan? bukan hilang sari dua, tp seminggu tu... tp tak sangka satu haritu, ada sorang IMAM Masjid tu singgah kat opis aku.. borak2 dengan staff kat situ.. aku pun tak tau mana datang semangat pi la bertanya kat imam tu..
Aku : Imam, ada tak jumpa jam tertinggal kat masjid
Imam : Jam? Jam apa? Jam orang tertinggal memang banyak...
Aku : Jam Bonia, bentuk bulat, kaler emas.
Imam : nanti awak datang masjid, jumpa dengan Bilal
Pastu tengahari aku datang masjid tu lagi.. selama ni tak pernah terfikir nak bertanya.. so kalini cari Bilal tu.. Bilal tu kata, jam memang banyak, cuba awak tengok ni.. sekali dia tarik laci, maaaaaaaakkkk aiiii penuh satu laci jam tangan orang tertinggal ... nasib baik aku ni jujur, tak de la pulak nak mengaku jam tangan orang lain tu aku punya. so aku belek2 tengok tak de..
Bilal tu pun tengok muka sedih aku, dia pun cakap dia teringat yang ada satu jam dia suruh sorang imam lg pegang sebab dia kata, jam tu nampak mahal, takut orang lain mengaku pulak, so dia suruh imam lain pegangkan.. lepas tu bilal tu call imam tu, dan describe serba sikit jam aku tu.. akhirnya syukur alhamdulillah jam tu memang pada Imam tu.. masa tu suka bukan kepalang... akhirnya jam aku yang hilang seminggu lalu ketemu juga...
moral of the story : kalau barang tu hak milik kita hasil titik peluh kita, insyallah rezeki tu datang balik pada kita..
Cau Cin Cau

12 comments:
terharunya baca..sib baik jumpa balik jam akak tu.saya gak xbernasib baik kak.masa tu saya solat kt surau atas CM.ada pencopet seluk beg masa solat..dia curi wallet kesayangan saya..sedih sgt...uhukss
wow...terkesima bace kak.....tu ar kan kak....tak sangke kan...dpt balik...kalo ikut logik dah selamat kot org kebas...tapi yg masuk kat situ pun utk sembahyang, sure org lain berat hati tak mo amik...dipulangkan balik kat bilal masjid tu....syukur kan
lelagi kalo kita beli dari hasil titik peluh ..dan dari rezeki yang halal kan mimi ..
alahai poms..mmg rezeki ko jam tu kan.. wpon dah hilang sminggu tp alhamdulilah dpt balik
al-hamdulillah mmg betul kata akak... sy sokong!!!
betul tu kak..selagi ia hak kita, dari rezeki yg halal...ia mmg hak kita..
kalo dari pelbagai punca..punca nye lak diragui (sama ada rasuah atau apa) tak kekal lama selalunye
rezeki akak tue... kembali kepada tuannya juga...
Ya Allah ko, memang rezeki ko le tu. coz selalunya jgn kata seminggu, sejam pun kompem dh hilang.
ko simpan lg x jam tu?
aku sampai now setia dgn jam 1st aku beli from 1st duit gaji in 2002. sampai now elok ko.
altho dh ada jam lain, jam tu gak fave aku.
betullah kan mimi...
kalau kita dgn penuh jujur dan ikhlas, memang rezeki tu tak kemana...
kengkawan :- betul tu, aku rasa kalau kita penuh jujur dan ikhlas, insyallah barang yang hilang akan dapat semula, memang rezeki la kan.. tp kalau tak jumpa lg barang tu, mungkin rezeki kita nak dapat barang baru yang lain la tu kan..
Itu org namakan berkat.. hasil titik peluh utk dapatkan satu² benda.. selalunya mmg jodonya panjang.. anyway I'm touched while reading this entry.. :((
aidiena :- yes tu la the keyword.. alhamdulillah BERKAT, gigih kumpul duit sikit2 tau.. ialah gaji seciput jer.. lain la gaji riban2
Post a Comment